top of page
  • Writer's pictureAdmin

Perbincangan untuk menyelaras penerbitan Majalah Eko Pelancongan dikawasan Padawan.


PERSATUAN USAHAWAN BIDAYUH PENRISSEN (PUBP) bakal memperkenalkan majalah edisi pertama mereka yang berjudul "Puncak Borneo Destination". Menurut Presiden PUBP , Encik Jores Sedek, beliau berharap agar majalah ini dapat dijayakan dalam pertengahan tahun ini. Majalah ini tidak hanya dipromosikan secara domestik sahaja, tetapi akan dipromosikan secara global.

Selain itu, beliau juga berkata akan mengeluarkan banyak lagi edisi lain, tapi untuk edisi yang pertama, tumpuan lebih kepada destinasi pelancongan yang terdapat di kawasan Padawan.

Prof Madya Dr Qistina Donna Lee dilantik untuk mengetuai dalam pembikinan Majalah ini. Manakala penaung ialah YB Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Pengangkutan I Sarawak, juga merangkap ADUN N19 Mambong.

Source : FB Posting.





20 views0 comments

Comentários


bottom of page