top of page
  • Writer's pictureAdmin

Kursus Pengurusan Ternakan Itik Penelur & Kursus Pembuatan dan Pengurusan Kerepek Pisang

Updated: Jun 25, 2022

Anjuran bersama Ulurn Resources Sdn.Bhd dan Persatuan Usahawan Bidayuh Penrissen (PUBP).

Padawan : Pengerusi dari syarikat Ulurn Resources Sdn.Bhd, Dr. Frank Kiong bersama Pengerusi Persatuan Usahawan Bidayuh Penrissen (PUBP) En. Jores Sedek dan Tajaan Pejabat Pusat Khidmat DUN N19 Mambong telah menganjurkan Kursus Pengurusan Ternakan Itik Penelur seperti butiran berikut:-

Tarikh : 23 & 24 Jun 2022 Masa : 8 pagi - 4 petang
Tempat : OUM Batu 9 Jalan Kuching-Serian.

Seramai 30 orang peserta dari Kawasan N19 Mambong telah menghadiri Kursus Pengurusan Ternakan Itik Penelur ini.
Penganjur syarikat Ulurn Resources Sdn.Bhd bersama Persatuan Usahawan Bidayuh Penrissen (PUBP) telah menjemput Usahawan yang berpengalaman iaitu En. Amat Jais Dinga dari kampung Git dan dibantu oleh En Wylie Khoo untuk berkongsikan pengalaman mereka serta mengajar peserta bagaimana mengurus dan memproses telur itik masin di Kampung Git.

Pengerusi Dr. Frank Kiong dari Ulurn Resources Sdn.Bhd menerangkan serba sedikit tujuan dan objektif utama kursus ini dijalankan. Beliau berharap dengan adanya anjuran kursus ini, ianya dapat membantu menambahkan pendapatan dan taraf hidup peserta. Beliau juga menyampaikan hasrat YB Datuk Dr Jerip Susil selaku ADUN N19 Mambong agar para peserta yang berminat dalam Ternakan Itik Penelur dapat mengambil peluang menceburi dalam bidang ini.

Di akhir ucapan, beliau berharap para peserta terutama masyarakat bidayuh berusaha dengan gigih serta ada daya saing untuk memajukan diri dalam era zaman ini dimana taraf hidup yang semakin tinggi.
Wakil dari Pusat Khidmat N.19 Mambong iaitu Encik Wylie Khoo selaku Pegawai Perhubungan Hal-Ehwal Pertanian dan Encik Terence Tikok Setiausaha Sulit YB Datuk juga turut hadir semasa kursus tersebut.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Jores Sedek selaku Pengerusi Persatuan Usahawan Bidayuh Penrissen (PUBP) mewakili YB Datuk Dr Jerip Susil.


Gambar-gambar Peserta.


97 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


bottom of page