top of page
  • Writer's pictureAdmin

Kursus Asas Keusahawanan

Penganjuran Kursus Asas Keusahawanan oleh Persatuan Usahawan Bidayuh Penrissen(PUBP) memainkan peranan yang sangat penting untuk membimbing bakal usahawan di DUN Mambong.



Menyedari bertapa pentingnya perkara tersebut, maka langkah positif diambil oleh PUBP dan Pusat Khidmat N19 Mambong. Hari ini, kursus Kemahiran asas keusahawanan telah diterapkan secara praktikal dan terperinci kepada penduduk N19 Mambong oleh PUBP dan YB Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (udara dan jalan raya) juga merangkap ADUN N19 Mambong.

Kursus Asas Keusahawanan tersebut telah dihadiri dengan jayanya oleh beberapa peserta yang berminat dalam perniagaan di Open University Malaysia (OUM) pada hari ini. Kursus tersebut telah disampaikan oleh Dr. Frank Kiong sebagai penceramah utama bersama institusi kewangan yang mambantu dari segi pengetahuan asas kewangan dan perakaunan.



Berucap dalam majlis penutupan program tersebut, Presiden Persatuan Usahawan Bidayuh Penrissen, En. Jores Sedek yang juga mewakili YB Datuk Dr Jerip Susil berkata, melalui program yang diadakan dengan kerjasama bersama pelbagai agensi, peserta dapat memanfaatkan intipati kursus serta menyediakan diri mereka ke dunia Usahawan.
Majlis diakhiri dengan menyampaian sijil kepada berserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut oleh En Jores Sedek dengan diringi oleh Dr Frank serta pegawai dari pusat khidmat DUN Mambong.

Gambar-gambar Perserta





9 views0 comments

Comments


bottom of page